Suria FM bawa penyanyi gegar Kota Kinabalu
2 June 2007
Sekiranya anda pernah melihat, mendengar atau terbaca frasa berbunyi Hidup Pasti Rancak, ia tidak lain daripada slogan milik Suria FM. Tidak dapat dinafikan lagi dengan misi terkini di bawah pimpinan bos baru, Engku Emran Engku Zainal Abidin, stesen radio swasta berkonsepkan gaya hidup atau lifestyle itu semakin rancak menyusun strategi untuk mendampingi pendengarnya sejauh mungkin.
Bagi menyemarakkan promosi terhadap Suria FM, stesen radio terbabit menerbangkan khas empat artis terkenal – AC Mizal, Erra Fazira, Elyana dan Bandi Amuk – ke Kota Kinabalu, Sabah. Ia bagi menghiburkan peminat di Negeri Di Bawah Bayu dan lokasi yang dipilih adalah Kompleks Beli-Belah Karamunsing.
ENGKU EMRAN (duduk lima dari kiri) bersama petugas Suria FM dan artis bergambar sejurus tiba di Sabah.
Selepas beberapa jam rombongan menjejakkan kaki ke bandaraya itu, keempat-empat artis terbabit terus dibawa ke pusat beli-belah itu untuk menemui ribuan peminat yang sudah lama menunggu kehadiran mereka sejak awal petang.
Sesudah artis tempatan Sabah, Atama membuka tirai dengan lagu hip hop dan rapnya, jeritan peminat mengiringi kemunculan AC Mizal. Dia yang ditemani isterinya, Emylia Rosnaida, jelas mempunyai ramai peminat di Sabah. Sebaik saja muncul di pentas, AC menyanyikan lagu popular Once, Dealova, diikuti single terbarunya, Di Sini. Celoteh dan gelagat AC memang mencuit hati seperti mana yang selalu diperlihatkan dalam program bual bicaranya, AC Di Sini. Bukan saja menari, AC turut mengusik penonton sampai terlentang dan terguling di lantai pentas!
Menyusul selepas itu, si cantik Erra Fazira. Jelas pelakon dan penyanyi itu semakin matang di pentas dan menyanyikan lagunya Ya Atau Tidak diikuti Teman Tapi Mesra. Erra tidak ketinggalan mengajak penonton bermesra di pentas dan kemudian mengagihkan cenderahati sumbangan Suria FM kepada peminat.
Sesudah itu tiba giliran Elyana pula menghiburkan penonton dengan lagu Aku Tapak Sulaiman dan Tak Tercapai Akalmu. Hari itu Elyana tidak pula berkaki ayam dan dia sempat mengajak peminatnya ke pentas untuk berduet bersama-sama.
Semakin petang, semakin gah suasana di dalam kompleks itu dan ia ditambah pula dengan kemunculan Bandi Amuk. Rupanya, Bandi sangat popular di Sabah dan kehadirannya ditunggu ramai rockers. Bandi dengan topeng putihnya menyanyikan dua lagu yang menggegarkan termasuk Untukmu Sayang. Terbukti rock Bandi ada kelas yang tersendiri.
Pada sebelah malam pula, sewaktu menikmati hidangan di restoran First Beach Tanjung Aru, kesemua artis sekali, secara spontan diundang jamming bersama band residen di situ. Apabila menyedari kehadiran artis, maka tambah ramailah pengunjung singgah di restoran itu. Sebelum menyanyi, Erra sempat melepaskan ‘gian’ bermain snuker dengan deejay Suria FM.
“KAMI bangga kerana menjadi satu-satunya stesen radio berkonsepkan lifestyle (gaya hidup) di Malaysia.” Begitulah kata orang kuat Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Katanya sejak mengemudi stesen itu tahun lalu, dia cuba menjadikan Suria FM sebagai stesen penyiaran trendsetter.







December 15, 2007 at 3:32 pm
very interesting, but I don’t agree with you
Idetrorce
January 15, 2009 at 10:48 am
this is was last published right. alamak we all lambat aware this KK channel. but no worries… will catch that DJ Othoe soon. they said he’s HOT!!