Archive for June, 2007

Take me deeper

Posted in Uncategorized on June 28, 2007 by harold78

take me deeper

Take me deeper
Deeper in love with You
Jesus hold me close in Your embrace
Take me deeper
Deeper than I’ve ever been before
I just want to love You more and more
How I long to be deeper in love..

Don Moen – Take Me Deeper (Download/Listen)

“You know my heart”

Posted in Uncategorized on June 15, 2007 by harold78

I want to share this wonderful music by Adam Paul Williams called You Know My Heart.

harold 500

 

Suria FM bawa penyanyi gegar Kota Kinabalu

Posted in June 2007 on June 13, 2007 by harold78

2 June 2007

Sekiranya anda pernah melihat, mendengar atau terbaca frasa berbunyi Hidup Pasti Rancak, ia tidak lain daripada slogan milik Suria FM. Tidak dapat dinafikan lagi dengan misi terkini di bawah pimpinan bos baru, Engku Emran Engku Zainal Abidin, stesen radio swasta berkonsepkan gaya hidup atau lifestyle itu semakin rancak menyusun strategi untuk mendampingi pendengarnya sejauh mungkin.

Bagi menyemarakkan promosi terhadap Suria FM, stesen radio terbabit menerbangkan khas empat artis terkenal – AC Mizal, Erra Fazira, Elyana dan Bandi Amuk – ke Kota Kinabalu, Sabah. Ia bagi menghiburkan peminat di Negeri Di Bawah Bayu dan lokasi yang dipilih adalah Kompleks Beli-Belah Karamunsing.

***los playeros

ENGKU EMRAN (duduk lima dari kiri) bersama petugas Suria FM dan artis bergambar sejurus tiba di Sabah.

Selepas beberapa jam rombongan menjejakkan kaki ke bandaraya itu, keempat-empat artis terbabit terus dibawa ke pusat beli-belah itu untuk menemui ribuan peminat yang sudah lama menunggu kehadiran mereka sejak awal petang.

Sesudah artis tempatan Sabah, Atama membuka tirai dengan lagu hip hop dan rapnya, jeritan peminat mengiringi kemunculan AC Mizal. Dia yang ditemani isterinya, Emylia Rosnaida, jelas mempunyai ramai peminat di Sabah. Sebaik saja muncul di pentas, AC menyanyikan lagu popular Once, Dealova, diikuti single terbarunya, Di Sini. Celoteh dan gelagat AC memang mencuit hati seperti mana yang selalu diperlihatkan dalam program bual bicaranya, AC Di Sini. Bukan saja menari, AC turut mengusik penonton sampai terlentang dan terguling di lantai pentas!

 ac mizal

Menyusul selepas itu, si cantik Erra Fazira. Jelas pelakon dan penyanyi itu semakin matang di pentas dan menyanyikan lagunya Ya Atau Tidak diikuti Teman Tapi Mesra. Erra tidak ketinggalan mengajak penonton bermesra di pentas dan kemudian mengagihkan cenderahati sumbangan Suria FM kepada peminat.

 erra

Sesudah itu tiba giliran Elyana pula menghiburkan penonton dengan lagu Aku Tapak Sulaiman dan Tak Tercapai Akalmu. Hari itu Elyana tidak pula berkaki ayam dan dia sempat mengajak peminatnya ke pentas untuk berduet bersama-sama.

 elyana

Semakin petang, semakin gah suasana di dalam kompleks itu dan ia ditambah pula dengan kemunculan Bandi Amuk. Rupanya, Bandi sangat popular di Sabah dan kehadirannya ditunggu ramai rockers. Bandi dengan topeng putihnya menyanyikan dua lagu yang menggegarkan termasuk Untukmu Sayang. Terbukti rock Bandi ada kelas yang tersendiri.

bandi

Pada sebelah malam pula, sewaktu menikmati hidangan di restoran First Beach Tanjung Aru, kesemua artis sekali, secara spontan diundang jamming bersama band residen di situ. Apabila menyedari kehadiran artis, maka tambah ramailah pengunjung singgah di restoran itu. Sebelum menyanyi, Erra sempat melepaskan ‘gian’ bermain snuker dengan deejay Suria FM.

 minum²

“KAMI bangga kerana menjadi satu-satunya stesen radio berkonsepkan lifestyle (gaya hidup) di Malaysia.” Begitulah kata orang kuat Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Katanya sejak mengemudi stesen itu tahun lalu, dia cuba menjadikan Suria FM sebagai stesen penyiaran trendsetter.

suria postcard

Kaamatan 2007

Posted in May 2007 on June 12, 2007 by harold78

Hi again.. bah like every year la we all celebrate Kaamatan rite? This time after so long saya tidak menjejakkan kaki ke KDCA finally terjejak jgk this year.. Not that i want but kerja punya pasal so terpaksa la.. Anyway kalau you guys berlegar² di kwsn KDCA time tu pasti jumpa sy punya along with other friends wearing bright ORANGE t-shirt. We are all there on promotion for SURIA FM a brand new and Sabah’s first private radio station yang akan dilancarkan this August. Make sure you guys tune to 105.9fm di Kota Kinabalu.

s. banner

s. booth